Saturday 1 January 2011

..Latihan Industri..


http://www.emocutez.com


Semasa di semester 3 aku perlu melaksanakan satu latihan industri untuk melayakkan aku dianugerahkan Diploma..Latihan industri adalah wajib dilaksanakan bagi melayakkan seseorang itu untuk menerima sijil @ Diploma..


Ok mari kita cerita mengenai tempat latihan industri aku pula yang telah aku jalani selama 6 bulan..


Disini lah aku menjalani latihan industri..Pertubuhan  Peladang Kawasan Kampong Gajah atau nama panggilannya PPK Kampong Gajah..
Bermacam2 perkara yang aku pelajari dan aku praktikkan disini..
Dan ramai orang aku dapat kenal disini..

Semasa diawal menjalani latihan industri ini memang agak bosan kerana tiada kerja..aku telah ditempatkan di bahagain akaun..adoiii..mcm mana ni da laa aku ni xreti apa2 pasal akaun bagi aku masuk kt bahagian ni plak..nasib baik masa semester 1 aku ada belajar basic akaun..kalau x debit kredit pun xtau..tp setelah masuk ke bulan yang kedua kerjanya banyak sampai xcukup tangan dibuatnya..aduhh..Lagi merungsingkan apabila pihak audit nak datang untuk menyemak segala dokumaen dalam PPK ni termasuklah dibahagian Pentadbiran, bahagian Hal Ehwal Koperat, Bahagian Pertubuhan, Bahagian Ladang dan Bahagian Akaun..Apa lagi kelam kabut semua orang nk mencari dokumen daripada tahun 2005-2010..buka semua stor yang ada untuk cari balik dokumen2 tu..di bahagian akaun plak aku ditugaskan untuk menyeimbangkan nilai dalam buku akaun dan dalam sistem..berjam2 aku buat..susah betol..sampai nk makan pun xde selera selagi xsiapkan benda 2..akhirnya aku dapat menyelesaikannya..Alhamdulillah..

Macam2 kenanganlah yang aku dapat disini..antaranya Lawatan ke Johor & Melaka selama 3 hari 2 malam..sgt seronok..disitu aku dapat mengeratkan silaurrahim dengan Ahli Jemaah Pengarah dan Ahli2 PPK..Selain itu, aku juga berpeluang pergi ke Majlis hari Pertubuhan Peladang Kawasan peringkat Negeri di Sungai Siput..apa lagi boronglaa barang2 yang ada..hehhe..

Di PPK aku dapat kenal macam2 orang..antara yang rapat dengan aku ialah:

~ Kak Nora~
~Encik Fendi~
~Puan Ziaton~
~Boss~

Kalau ada apa2 masalah memang cerita kat mereka ni..mereka umpama ibu, ayah dan kakak sendiri..mmg xkan dilupakan sampai bila2..jasa baik mereka akan dikenang hingga ke akhir hayat..


Pertubuhan Peladang Kawasan Kampong Gajah
..Always In My MeMoRy..



http://www.emocutez.com

Saat~saat di AlaM Persekolahan...


http://www.emocutez.com

Zaman Persekolahan adalah zaman yang paling menyeronokan..Bila kita sudah dewasa kita akan ingat kembali semasa zaman persekolahan..Di situ lah kita mula mengenal ABC dan 123..



(1) Tadika Kemas Kampung Tanjung, Kampong Gajah.
  • Aku mula2 belajar di tadika ni semasa berumur 5 taon & 6 taon..Time ni amat lah menyeronokkan kerana cikgu2 semua baik2 jer..makan semua tersedia..Taman permainan pon ada..di situ laa aku dengan kawan2 masa kecik ku bermain..main kejar2 laa..main nyorok2..macam2 laa..saat yang sgt2 memberi kesan kepada aku.

(2) Sekolah Kebangsaan Dato' Sagor, Kampong Gajah (SKDS)
  • Semasa aku darjah 1, aku mula menjejakkan kaki ke sekolah ini..Sgt menakutkan..kerana aku melihat bermacam2 jenis org..ada yang besar ada yang kecil macam aku..ada satu peristiwa yang sampai sekarang aku ingat..Aku merupakan pelajar dari sekolah lain yang berdaftar lambat ke sekolah ini..aku ditempatkan di kelas 1 Orkid. aku dapat duduk di tempat barisan hadapan semasa di kelas..bermulalah sesi pembelajaran..keesokkan harinya aku dtg agak lambat ke sekolah kerana emak terlewat sedikit..sesampainya aku di sekolah aku dapati tempat yg aku duduk semalam da ada org duduk..aku bingung..dan berfikir "Mana aku nak duduk, knpe die duduk tmpt aku." Aku menangis kerana xde tmpt duduk..aku berlari sekuat hati utk keluar dari sekolah tu..guru kelas aku mengejar aku..sungguh sayu ketika itu..Cikgu kelas aku dapat mengejar aku..die cakap tmpt duduk tu sebenarnya mmg tmpt budak laki tu..budak laki tu X dtg sebab demam semalam..aku diam..Cikgu cakap die akan bagi meja dan kerusi baru utk aku...hahhhaa...bila diingt balik malu pulak..darjah 1 dah pndai touching2 neh.. Aku bersekolah disini sehingga darjah 6...dan telah menjalani peperiksaan UPSR disini..

(3) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Maharaja Lela, Kampong Gajah
    (SMKDSML)
  • Aku belajar di sekolah ini daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5..Semasa di sekolah ini aku banyak belajar bermacam2 ilmu..aku semasa di tingkatan 1 belajar dalam kelas aliran agama..Iaitu kelas yang ada kelas kemahiran Al-Quran..aku juga ambil subjek Bahasa Arab daripada tingkatan 1-3..semasa di tingkatan 4 aku mendapat kelas Sains..Mengambil subjek Biologi, Kimia & Fizik..agak susah subjek tu..time tu ada killer subjek 'Matematik Tambahan'..xsuke gler subjek tu..kalau exam memang xpenah skor laa...Tp ada kebaikannya juga..sekurang2nya aku pernah cuba belajar benda yang aku xsuke..huhu..Alhamdulillah aku lulus SPM..xde gagal..bersyukur sgt..dah tu usaha aku...kena terima..

(4) Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam (PSIS)



  • Disinilah aku mula melangkahkan kaki ke Institusi Pengajian Tinggi. Politeknik Sultan Idris Shah atau dikenali sebagai PSIS. Aku belajar dalam kos Diploma Sains Kesetiausahaan yang satu2nya kos diploma singkat iaitu 2 tahun sahaja..Disini aku juga mula mengenal subjek2 seperti Trengkas, Shorthand, Typing & Pengurusan Pejabat..Subjek yang memang lari daripada subjek aku semasa di tinagkatan 5..Sekarang aku sudah masuk semester 4..byk benda baru yang aku kena belajar termasuklah Note Taking, Document Production, Entrepreneurship, Translation, Personality Development & Internet. Macam2 yang aku pelajari disini..InsyaAllah aku akan memanfaatkannya dengan sebaik2nya..doakan bersama ye.

..Kejayaan Tidak akan datang bergolek tanpa usaha dari diri sendiri..











Sahabat Dunia Akhirat~~


http://www.emocutez.com

Mengenai sahabat ni boleh dimaksudkan sebagai seseorang yang sentiasa bersama kita sama ada kita senang mahupun susah. Mereka akan menolong kita sekiranya kita dilanda kesusahan.  

[cat-friends.jpg]

Mengenai sahabat-sahabat saya..
semasa dibangku sekolah saya mempunyai ramai kawan..
dan semasa di tingkat 5 saya bersahabat karib dengan 2 orang iaitu Norhanis Idayu dan juga Nur Hawa.
Mereka lah sahabat susah dan senangnya saya..dibangku sekolah kemana-mana pun bersama ke kantin sekolah, ke tandas dan juga ke makmal serta perpusatakaan..ibarat isi dengan kuku..rapat sangat..memang xkn dpt dilupakan sampai bila-bila..

Hawa & Norhanis Idayu

Setelah abis SPM hawa telah mendapat tawaran belajar di UiTM Arau, Perlis maka tinggallah aku berdua dengan Norhanis Idayu..Kebetulan aku dengan ayu telah mendapat tempat belajar yang sama iaitu di politeknik Sultan Idris Shah, Sabak bernam. Jadi persahabatan kami kekal ke hari ini..aku mengharapkan persahabatan ini kekal sampai bila-bila..InsyaAllah..doakan bersama...



Semasa di Politeknik aku dan ayu telah berkenalan dengan 3 orang lagi sahabat yang semuanya berasal dari Perak..so mmg satu kepala laaa..
huhuhuhu...diawal perkenalan agak janggal juga...sorang dari Ipoh,sorang dari Manjung & sorang dari Seberang Perak...Persahabat kami kekal juga sehingga akhir semester ini..walaupun  banyak cabaran dan dugaan dalam persahabatan ini akhirnya kami kembali bersama...saat yang manis dapat aku rasakan bersama mereka..bebas untuk meluahkan apa sahaja sama ada kegembiraan atau kesedihan..tentu mereka turut merasakannya...


NorHanis Idayu: Sahabat saya dari zaman muda2 lagi..hahha..maksudnya dari zaman sekolah menengah..persahabat kami dah menjangkau 7 tahun...Alhamdulillah...tiada masalah lagi setakat ini...sentiasa akrab..Die byk membantu aku susah senang bersama2..Sayang Giler kat die...Love U Frend...d(0_0)b...Bff Forever..



NI pulak Nursuhaila a.k.a eila..comei2...die ni paling comei dalam grub kami...huhuh...die ni banyak bagi dorongan disaat aku mula rungsing..asyik rungsing jer aku ni,,..kawan aku dikala aku kesedihan..bercerita tentang kesedihan..huhuhuh...luv u laa kawan..ingt sampai bila2...Bff Forever



Yang ini pula..Azwani..Just call her Wawa..the sweet name..bila dengan die aku selalu happy dengan gelagat die yang sempoi..suke ketawa..memang akan aku ingat sampai bila-bila...kami semua dengan otak mereng dan giler2 mmg menyeronokan..best memory in my life..enjoy it..xmungkin dapat kt mana-mana memory macam ni...luv u laaa wawa...Bff forever..



Yang ni pula..Saidatul Nadhrah...atau panggilan Nad...comei..suke3..mereka ni kalau tengok sekali macam kembar dah..tp tgk dua kali lain dah..huhuhu...Nad ni pula kawan aku yang ambil berat pasal kawan2 die..kalau kami melakukan kesalahan die akan menegur dengan cara yang baik..dan suka memberi pandangan yang bernas..suka bila die menerangkan sesuatu nampak bersungguh2...i like..tq nad...die ni pun suke ketawa ngn senyum..comel sekali..hehhe..lov u nad...Bff forever...


Sahabat adalah tulang belakang kita..Jika tiada yang menyokong maka tulang belakang kita akan patah..ibarat kita kehilangan orang yang menyokong kita...


..Best Friend ForeVer..


http://www.emocutez.com