Saturday 24 December 2011

Perginya die membawa ketenangan..~~


Alam percintaan sgt2 indah..
Apa lagi jika disulami dgn kasih sayang.. Aku byk kali bercinta..Then, clash..Aku ni terlalu baek ke dlm percintaan.. Sgop nk setia padahal taw yg si die main kayu tiga.. Tp x.. ini mesti ada kesilapan.. aku x salah..die yg salah.. die yg curang di belakang aku.. so, nk dipertahankan buat apa.. Aku benci die.. Aku xsuke die.. Aku sumpah die x bahagia selama2nya... MasyaAllah.. Jahatnya hati aku..menyumpah2 orang..ape perasaan aku pulak klu aku disumpah begitu.. Begitu lah perasaan aku diawal perpisahan kami..mana xnya aku dok setia jer, tp die curang..ntah apa yg xckup kt aku ni pon xtaw.. Biasa lah perempuan ada hati & perasaan yg lemah.. saat aku ditinggalkan aku terpinga2..rasa macam hbgn aku ngn die tergantung.. no msj, no call, apelagi jumpe.. xada.. hbgn aku ngn die mencecah setaon..tp belom sampai lg.. lama2 kelamaan baru aku taw si die sudah bersama org lain.. aku sebagai seorg perempuan tipu lah kn klu xmenangis.. selama 2 hari aku menangis.. Then....STOP!!!... Sebab aku taw aku menangis lama2 pon ada die nk kembali kt aku.. xada kn... jd aku berusaha utk troskan hidup tnpa si die...


~SEKARANG~


Aku bahagia..xada gangguan da dlm hidup aku..xada org nk wt aku kecewa lagi.. Setiap hari aku berdoa agar hati aku mendapat ketenangan yg abadi..aku juga berdoa semoga Allah SWT membuka pintu hati si die utk berubah dan tidak membuat hal yg sama pada perempuan lain.. Aku juga berdoa supaya ditemukn dgn seseorg yg mencintai kekurangan aku berbanding kelebihan yg ada pada aku..sesungguhnya aku insan yg hina di mata Allah SWT.. tiada manusia yg sempurna di dunia ini.. Aku juga berdoa ditemukan dgn seseorg yg boleh membimbing aku ke jalan yg mendorong aku ke Syurga Allah.. seseorg yg bole menerima aku apa adanya seperti aku juga menerima die apa adanya.. yg bole menjadi bapa yg bertanggungjwb, penyayang, amanah, beriman kepada bakal anak2 aku nanti.. Yg bole menjadi imam dlm hati aku.. Yg tidak mengeluh walau apa2 dugaan yg melanda keluarga kami kelak.. Yg bersabar & tabah dlm segala apa yg terjadi pada keluarga kami nanti.. Semuanya telah diaturkan oleh Allah SWT.. Aku sebagai hambanya hanya mendambakan hatiku buatnya.. 
"YA ALLAH, AKU MEMOHON KEPADAMU..ENGKAU AMPUNI SEGALA DOSA2KU,DOSA2 KELUARGAKU, DOSA2 SAHABAT2KU..DOSA2 BAKAL SUAMIKU WALAU DIMANA SAJA DIA BERADA, DOSA2 KAUM MUSLIMIN & MUSLIMAT SAMA ADA YG MASIH HIDUP ATAU YG TELAH MENINGGAL DUNIA.. KAU KURNIAKAN AKU SEORG YG BERPIJAK PADA PAKSIMU DAN MEMBAWA AKU SEKALI BERPIJAK PADA PAKSIMU YA ALLAH.. YG DPT MEMBIMBING AKU MENJADI ISTERI DAN IBU YG SOLEHAH BUAT ANAK2 KAMI NANTI YA ALLAH.. SESUNGGUHNYA AKU INSAN YG PALING HINA DIMATAMU YA ALLAH.. BERIKAN KETENANGAN YG ABADI UTK AKU TERUSKAN HIDUP INI BERLANDASKAN SYARIATMU YA ALLAH.. AMIN.."




"Seharusnya Cinta kita berdua harus dipasrahkan buat Allah, jika ada Jodoh diantara kita akan dipersatukan oleh Allah jua.. InsyaAllah..=)

Thursday 10 November 2011

Assalamualaikum teman2..


Rasa teringin lak nk update blog...gler btoi...lama giler xupdate..mcm ape da blog ni...bersawang da...hahaha..
Ape agaknya yg kawan2 sy tgh buat skrg..mgkin masing2 da ada hala tuju masing2...ada yg da keje..ada yg da smbong blajar...n ada gak yg mcm aku dok menanam anggur dirumah disamping membosarkan badan..haha..giler balik kg ada lak sedara aku ckp aku gmok..hahha..aku hanya mampu tersenyum..2 laa ain ble kurus nk gemok sgt....hameeekkkkk kau!!!,,,hahaha..tp aku tnye gak member aku sama ada aku ni gmok ker..dorg ckp oke jer...xde gemok pon..standard ngn ketinggian aku...bajet tinggi toi...hahaha..Aku skrg ni tgh tunggu result nk smbong study ke uiTm..ntah laaa..moga2 aku dpt smbong..teringin nk blajar balik..teringin nk zaman kuliah balik..wt asignment yg menimbun smpai xckup tgn n xckup tido..hihihii...best woo..teringat lak masa blajar kt Poli..bersama rakan2 aku..Anis, ila, nad, n wawa...xabis2 kami laa org terakhir yg suka anta asgment..haha..buat pon suka tangguh2..bole sembang2 lagi sambil ketawa2..hihihi..sambil mam megi lagi..lapar jer megi laa kami sambar..ape lagi..bkn ada dpor nk masak..tp mmg best laa..ingt balik detik2 2...bergado sama2...bergembira sama2..hehhee...klu korg tgk entry ni kita nk gtau..

SAYANG SANGAT KAT KORANG TAW..!!!!! d ^____^ b

pasni sume da bwk haluan masing2..ntah ke mana laa agaknya..tp masih perlu diingatkan kita sentiasa mendoakan sahabat2 kita semoga korang berjaya dlm idup..hepi slalu..Muuuuahhhhhhhhhhhhhhh!!!!kawan2...

Saturday 4 June 2011

MutiaRa KatA PeNenanG jiWa


  • Persahabatan sejati umpama kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.

  • Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah.
  • Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tenteram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk.

  • Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata.

  • Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.

  • Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.

  • Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

  • Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”. Kemudian Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.

  • Engkau disebut sebagai manusia bukan kerana tubuh dan jasadmu tetapi akal dan jiwamu.

  • Akal mempertahankan barang yang pahit tapi manis akibatnya, nafsu mempertahankan barang yang manis tapi pahit akibatnya.

  • Musuh yang paling dekat ialah kebodohanmu. Singkirkannya sebagai menyikirkan bahaya daripada musuh-musuhmu.

  • Belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya, berfikir tanpa belajar adalah berbahaya.

Friday 3 June 2011

Tip uNtuk PerCintAan JaraK JauH..




˙·٠•●❤  Percaya pada pasangan 
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

˙·٠•●❤ Setia walaupun jauh 
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

˙·٠•●❤ Berjumpalah walaupun seketika 
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

˙·٠•●❤ Tanyalah khabar  
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

˙·٠•●❤ Sambut hari ulang tahun bersama   
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

˙·٠•●❤Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah 
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.


http://www.emocutez.com

Petua PenjaGaan Mata...







BULATAN HITAM BAWAH MATA

Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.


MATA SEMBAB

Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.


KELETIHAN MATA

Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit

Monday 21 March 2011

Muhasabah ????...~~


Kalau diri sendiri masih bersifat pentingkan diri, iri hati & berkira jgn bicara soal ukhwah islamiah mahupun bermimpi untuk memiliki sahabat sejati hingga ke Syurga...

Jgn berkata sesuatu jika tidak amalkan bimbang-bimbang suatu hari akan memakan diri..

Insan yg bijak tidak akan berlebih-lebih dalam ketawanya dan lebih byk diam dr berkata-kata perkara yg sia-sia..

Monday 28 February 2011

Hilangg~~~


Sejak balik umah mggu lepas...heshhh...puas crinya..tension ak..nk wt keje pon susah..da laa bkn hak aku..adoiiiiiii....eeeeeee....da laa byk keje dlm 2...ngok ngek toi...tensionnnnnn...mana pendrive neh...heh...jd xkeruan gler...da laaa bapak ak punya..buatnya nty ditanya..ape nk jwb..rungsing3..2 yg asyk rasa nk mrh jer...gilerrrrrrrrr....

Saturday 1 January 2011

..Latihan Industri..


http://www.emocutez.com


Semasa di semester 3 aku perlu melaksanakan satu latihan industri untuk melayakkan aku dianugerahkan Diploma..Latihan industri adalah wajib dilaksanakan bagi melayakkan seseorang itu untuk menerima sijil @ Diploma..


Ok mari kita cerita mengenai tempat latihan industri aku pula yang telah aku jalani selama 6 bulan..


Disini lah aku menjalani latihan industri..Pertubuhan  Peladang Kawasan Kampong Gajah atau nama panggilannya PPK Kampong Gajah..
Bermacam2 perkara yang aku pelajari dan aku praktikkan disini..
Dan ramai orang aku dapat kenal disini..

Semasa diawal menjalani latihan industri ini memang agak bosan kerana tiada kerja..aku telah ditempatkan di bahagain akaun..adoiii..mcm mana ni da laa aku ni xreti apa2 pasal akaun bagi aku masuk kt bahagian ni plak..nasib baik masa semester 1 aku ada belajar basic akaun..kalau x debit kredit pun xtau..tp setelah masuk ke bulan yang kedua kerjanya banyak sampai xcukup tangan dibuatnya..aduhh..Lagi merungsingkan apabila pihak audit nak datang untuk menyemak segala dokumaen dalam PPK ni termasuklah dibahagian Pentadbiran, bahagian Hal Ehwal Koperat, Bahagian Pertubuhan, Bahagian Ladang dan Bahagian Akaun..Apa lagi kelam kabut semua orang nk mencari dokumen daripada tahun 2005-2010..buka semua stor yang ada untuk cari balik dokumen2 tu..di bahagian akaun plak aku ditugaskan untuk menyeimbangkan nilai dalam buku akaun dan dalam sistem..berjam2 aku buat..susah betol..sampai nk makan pun xde selera selagi xsiapkan benda 2..akhirnya aku dapat menyelesaikannya..Alhamdulillah..

Macam2 kenanganlah yang aku dapat disini..antaranya Lawatan ke Johor & Melaka selama 3 hari 2 malam..sgt seronok..disitu aku dapat mengeratkan silaurrahim dengan Ahli Jemaah Pengarah dan Ahli2 PPK..Selain itu, aku juga berpeluang pergi ke Majlis hari Pertubuhan Peladang Kawasan peringkat Negeri di Sungai Siput..apa lagi boronglaa barang2 yang ada..hehhe..

Di PPK aku dapat kenal macam2 orang..antara yang rapat dengan aku ialah:

~ Kak Nora~
~Encik Fendi~
~Puan Ziaton~
~Boss~

Kalau ada apa2 masalah memang cerita kat mereka ni..mereka umpama ibu, ayah dan kakak sendiri..mmg xkan dilupakan sampai bila2..jasa baik mereka akan dikenang hingga ke akhir hayat..


Pertubuhan Peladang Kawasan Kampong Gajah
..Always In My MeMoRy..



http://www.emocutez.com

Saat~saat di AlaM Persekolahan...


http://www.emocutez.com

Zaman Persekolahan adalah zaman yang paling menyeronokan..Bila kita sudah dewasa kita akan ingat kembali semasa zaman persekolahan..Di situ lah kita mula mengenal ABC dan 123..



(1) Tadika Kemas Kampung Tanjung, Kampong Gajah.
  • Aku mula2 belajar di tadika ni semasa berumur 5 taon & 6 taon..Time ni amat lah menyeronokkan kerana cikgu2 semua baik2 jer..makan semua tersedia..Taman permainan pon ada..di situ laa aku dengan kawan2 masa kecik ku bermain..main kejar2 laa..main nyorok2..macam2 laa..saat yang sgt2 memberi kesan kepada aku.

(2) Sekolah Kebangsaan Dato' Sagor, Kampong Gajah (SKDS)
  • Semasa aku darjah 1, aku mula menjejakkan kaki ke sekolah ini..Sgt menakutkan..kerana aku melihat bermacam2 jenis org..ada yang besar ada yang kecil macam aku..ada satu peristiwa yang sampai sekarang aku ingat..Aku merupakan pelajar dari sekolah lain yang berdaftar lambat ke sekolah ini..aku ditempatkan di kelas 1 Orkid. aku dapat duduk di tempat barisan hadapan semasa di kelas..bermulalah sesi pembelajaran..keesokkan harinya aku dtg agak lambat ke sekolah kerana emak terlewat sedikit..sesampainya aku di sekolah aku dapati tempat yg aku duduk semalam da ada org duduk..aku bingung..dan berfikir "Mana aku nak duduk, knpe die duduk tmpt aku." Aku menangis kerana xde tmpt duduk..aku berlari sekuat hati utk keluar dari sekolah tu..guru kelas aku mengejar aku..sungguh sayu ketika itu..Cikgu kelas aku dapat mengejar aku..die cakap tmpt duduk tu sebenarnya mmg tmpt budak laki tu..budak laki tu X dtg sebab demam semalam..aku diam..Cikgu cakap die akan bagi meja dan kerusi baru utk aku...hahhhaa...bila diingt balik malu pulak..darjah 1 dah pndai touching2 neh.. Aku bersekolah disini sehingga darjah 6...dan telah menjalani peperiksaan UPSR disini..

(3) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Maharaja Lela, Kampong Gajah
    (SMKDSML)
  • Aku belajar di sekolah ini daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5..Semasa di sekolah ini aku banyak belajar bermacam2 ilmu..aku semasa di tingkatan 1 belajar dalam kelas aliran agama..Iaitu kelas yang ada kelas kemahiran Al-Quran..aku juga ambil subjek Bahasa Arab daripada tingkatan 1-3..semasa di tingkatan 4 aku mendapat kelas Sains..Mengambil subjek Biologi, Kimia & Fizik..agak susah subjek tu..time tu ada killer subjek 'Matematik Tambahan'..xsuke gler subjek tu..kalau exam memang xpenah skor laa...Tp ada kebaikannya juga..sekurang2nya aku pernah cuba belajar benda yang aku xsuke..huhu..Alhamdulillah aku lulus SPM..xde gagal..bersyukur sgt..dah tu usaha aku...kena terima..

(4) Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam (PSIS)



  • Disinilah aku mula melangkahkan kaki ke Institusi Pengajian Tinggi. Politeknik Sultan Idris Shah atau dikenali sebagai PSIS. Aku belajar dalam kos Diploma Sains Kesetiausahaan yang satu2nya kos diploma singkat iaitu 2 tahun sahaja..Disini aku juga mula mengenal subjek2 seperti Trengkas, Shorthand, Typing & Pengurusan Pejabat..Subjek yang memang lari daripada subjek aku semasa di tinagkatan 5..Sekarang aku sudah masuk semester 4..byk benda baru yang aku kena belajar termasuklah Note Taking, Document Production, Entrepreneurship, Translation, Personality Development & Internet. Macam2 yang aku pelajari disini..InsyaAllah aku akan memanfaatkannya dengan sebaik2nya..doakan bersama ye.

..Kejayaan Tidak akan datang bergolek tanpa usaha dari diri sendiri..











Sahabat Dunia Akhirat~~


http://www.emocutez.com

Mengenai sahabat ni boleh dimaksudkan sebagai seseorang yang sentiasa bersama kita sama ada kita senang mahupun susah. Mereka akan menolong kita sekiranya kita dilanda kesusahan.  

[cat-friends.jpg]

Mengenai sahabat-sahabat saya..
semasa dibangku sekolah saya mempunyai ramai kawan..
dan semasa di tingkat 5 saya bersahabat karib dengan 2 orang iaitu Norhanis Idayu dan juga Nur Hawa.
Mereka lah sahabat susah dan senangnya saya..dibangku sekolah kemana-mana pun bersama ke kantin sekolah, ke tandas dan juga ke makmal serta perpusatakaan..ibarat isi dengan kuku..rapat sangat..memang xkn dpt dilupakan sampai bila-bila..

Hawa & Norhanis Idayu

Setelah abis SPM hawa telah mendapat tawaran belajar di UiTM Arau, Perlis maka tinggallah aku berdua dengan Norhanis Idayu..Kebetulan aku dengan ayu telah mendapat tempat belajar yang sama iaitu di politeknik Sultan Idris Shah, Sabak bernam. Jadi persahabatan kami kekal ke hari ini..aku mengharapkan persahabatan ini kekal sampai bila-bila..InsyaAllah..doakan bersama...



Semasa di Politeknik aku dan ayu telah berkenalan dengan 3 orang lagi sahabat yang semuanya berasal dari Perak..so mmg satu kepala laaa..
huhuhuhu...diawal perkenalan agak janggal juga...sorang dari Ipoh,sorang dari Manjung & sorang dari Seberang Perak...Persahabat kami kekal juga sehingga akhir semester ini..walaupun  banyak cabaran dan dugaan dalam persahabatan ini akhirnya kami kembali bersama...saat yang manis dapat aku rasakan bersama mereka..bebas untuk meluahkan apa sahaja sama ada kegembiraan atau kesedihan..tentu mereka turut merasakannya...


NorHanis Idayu: Sahabat saya dari zaman muda2 lagi..hahha..maksudnya dari zaman sekolah menengah..persahabat kami dah menjangkau 7 tahun...Alhamdulillah...tiada masalah lagi setakat ini...sentiasa akrab..Die byk membantu aku susah senang bersama2..Sayang Giler kat die...Love U Frend...d(0_0)b...Bff Forever..



NI pulak Nursuhaila a.k.a eila..comei2...die ni paling comei dalam grub kami...huhuh...die ni banyak bagi dorongan disaat aku mula rungsing..asyik rungsing jer aku ni,,..kawan aku dikala aku kesedihan..bercerita tentang kesedihan..huhuhuh...luv u laa kawan..ingt sampai bila2...Bff Forever



Yang ini pula..Azwani..Just call her Wawa..the sweet name..bila dengan die aku selalu happy dengan gelagat die yang sempoi..suke ketawa..memang akan aku ingat sampai bila-bila...kami semua dengan otak mereng dan giler2 mmg menyeronokan..best memory in my life..enjoy it..xmungkin dapat kt mana-mana memory macam ni...luv u laaa wawa...Bff forever..



Yang ni pula..Saidatul Nadhrah...atau panggilan Nad...comei..suke3..mereka ni kalau tengok sekali macam kembar dah..tp tgk dua kali lain dah..huhuhu...Nad ni pula kawan aku yang ambil berat pasal kawan2 die..kalau kami melakukan kesalahan die akan menegur dengan cara yang baik..dan suka memberi pandangan yang bernas..suka bila die menerangkan sesuatu nampak bersungguh2...i like..tq nad...die ni pun suke ketawa ngn senyum..comel sekali..hehhe..lov u nad...Bff forever...


Sahabat adalah tulang belakang kita..Jika tiada yang menyokong maka tulang belakang kita akan patah..ibarat kita kehilangan orang yang menyokong kita...


..Best Friend ForeVer..


http://www.emocutez.com