Saturday 1 January 2011

Saat~saat di AlaM Persekolahan...


http://www.emocutez.com

Zaman Persekolahan adalah zaman yang paling menyeronokan..Bila kita sudah dewasa kita akan ingat kembali semasa zaman persekolahan..Di situ lah kita mula mengenal ABC dan 123..



(1) Tadika Kemas Kampung Tanjung, Kampong Gajah.
  • Aku mula2 belajar di tadika ni semasa berumur 5 taon & 6 taon..Time ni amat lah menyeronokkan kerana cikgu2 semua baik2 jer..makan semua tersedia..Taman permainan pon ada..di situ laa aku dengan kawan2 masa kecik ku bermain..main kejar2 laa..main nyorok2..macam2 laa..saat yang sgt2 memberi kesan kepada aku.

(2) Sekolah Kebangsaan Dato' Sagor, Kampong Gajah (SKDS)
  • Semasa aku darjah 1, aku mula menjejakkan kaki ke sekolah ini..Sgt menakutkan..kerana aku melihat bermacam2 jenis org..ada yang besar ada yang kecil macam aku..ada satu peristiwa yang sampai sekarang aku ingat..Aku merupakan pelajar dari sekolah lain yang berdaftar lambat ke sekolah ini..aku ditempatkan di kelas 1 Orkid. aku dapat duduk di tempat barisan hadapan semasa di kelas..bermulalah sesi pembelajaran..keesokkan harinya aku dtg agak lambat ke sekolah kerana emak terlewat sedikit..sesampainya aku di sekolah aku dapati tempat yg aku duduk semalam da ada org duduk..aku bingung..dan berfikir "Mana aku nak duduk, knpe die duduk tmpt aku." Aku menangis kerana xde tmpt duduk..aku berlari sekuat hati utk keluar dari sekolah tu..guru kelas aku mengejar aku..sungguh sayu ketika itu..Cikgu kelas aku dapat mengejar aku..die cakap tmpt duduk tu sebenarnya mmg tmpt budak laki tu..budak laki tu X dtg sebab demam semalam..aku diam..Cikgu cakap die akan bagi meja dan kerusi baru utk aku...hahhhaa...bila diingt balik malu pulak..darjah 1 dah pndai touching2 neh.. Aku bersekolah disini sehingga darjah 6...dan telah menjalani peperiksaan UPSR disini..

(3) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Maharaja Lela, Kampong Gajah
    (SMKDSML)
  • Aku belajar di sekolah ini daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5..Semasa di sekolah ini aku banyak belajar bermacam2 ilmu..aku semasa di tingkatan 1 belajar dalam kelas aliran agama..Iaitu kelas yang ada kelas kemahiran Al-Quran..aku juga ambil subjek Bahasa Arab daripada tingkatan 1-3..semasa di tingkatan 4 aku mendapat kelas Sains..Mengambil subjek Biologi, Kimia & Fizik..agak susah subjek tu..time tu ada killer subjek 'Matematik Tambahan'..xsuke gler subjek tu..kalau exam memang xpenah skor laa...Tp ada kebaikannya juga..sekurang2nya aku pernah cuba belajar benda yang aku xsuke..huhu..Alhamdulillah aku lulus SPM..xde gagal..bersyukur sgt..dah tu usaha aku...kena terima..

(4) Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam (PSIS)



  • Disinilah aku mula melangkahkan kaki ke Institusi Pengajian Tinggi. Politeknik Sultan Idris Shah atau dikenali sebagai PSIS. Aku belajar dalam kos Diploma Sains Kesetiausahaan yang satu2nya kos diploma singkat iaitu 2 tahun sahaja..Disini aku juga mula mengenal subjek2 seperti Trengkas, Shorthand, Typing & Pengurusan Pejabat..Subjek yang memang lari daripada subjek aku semasa di tinagkatan 5..Sekarang aku sudah masuk semester 4..byk benda baru yang aku kena belajar termasuklah Note Taking, Document Production, Entrepreneurship, Translation, Personality Development & Internet. Macam2 yang aku pelajari disini..InsyaAllah aku akan memanfaatkannya dengan sebaik2nya..doakan bersama ye.

..Kejayaan Tidak akan datang bergolek tanpa usaha dari diri sendiri..











0 comments:

Post a Comment